Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Gambar & 2 Video : Kemalangan Babitkan Treler, Lori dan 12 Kereta

21 Mac 2016

SHAH ALAM, 21 Mac - Satu kemalangan yang membabitkan 14 buah kenderaan di Persiaran Mokhtar Dahari telah mengakibatkan kesesakan teruk tengah hari tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 12.48 tenghhari sebelum mengerahkan sepasukan enam anggota dan seorang Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik ke lokasi kejadian.

Bomba tiba di tempat kejadian pada 1.12 petang.

"Laporan awal mendapati kemalangan tersebut melibatkan 12 buah kereta, sebuah lori kontena dan sebuah lori pasir.

"Ia berlaku di Persiaran Mokthar Dahari, dekat simpang empat menghala masuk ke Subang," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tambah beliau lagi, kesemua mangsa telah pun dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.

"Ketika bomba sampai, mangsa yang cedera sudah tiada di lokasi.

"Bagaimanapun, kami difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya - Siakapkeli.my


















Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "