Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Upah Pekerja Asing Gaji Murah, Lantiklah Menteri Dari Warga Bangladesh Kerana Gaji Pun Murah

19 Feb 2016
One Comment

Presiden Pertubuhan Rapat Malaysia, Raja Retinam dalam satu kenyataan berkata, jika kerajaan ingin mengambil kira isu gaji murah untuk membawa masuk lebih ramai pekerja Bangladesh ke negara ini, beliau telah menyarankan agar kerajaan melantik menteri dari kalangan warga negara itu kerana perlu membayar gaji lebih kecil.

"Kita tidak perlukan lagi pekerja asing di Malaysia, kita perlu hentikan pengambilan pekerja asing, kita perlu ada rancangan bagaimana untuk kurangkan pengambilan pekerja asing memasuki negara ini."

"Saya terbaca dalam media sosial, kalau begitu baguslah, menteri-menteri kita tukar dengan wagra Bangladesh sebab gaji murah." katanya.

Beliau dalam pada itu meminta pihak kerajaan supaya membantuk satu rancangan jangkamasa panjang untuk mengurangkan kebergantungan dengan pekerja asing sebagai tenaga kerja. - Siakapkeli.my

VIDEO
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "