Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga Pakar Siasat Objek Dipercayai Serpihan Pesawat

29 Jan 2016


Jertih: Berikutan penemuan objek yang dipercayai serpihan pesawat di pantai di Besut baru-baru ini, tiga pakar termasuk penyiasat pesawat dari Jabatan Penerbangan Awam tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut 10.36 pagi tadi bagi meneliti objek terbabit.

Selain dari wakil DCA, turut berada di IPD terbabit pakar dari Penerbangan Malaysia (MAS) dan penyiasat pesawat MH370.

Ketiga-tiga mereka mengambil masa 20 minit untuk meneliti objek tersebut sebelum meminta polis menunjukkan lokasi ia ditemui di Pantai Beting Lintang di sini.

Objek itu dibawa ke IPD Besut selepas ia ditemui oleh penduduk semalam.

Difahamkan, ketiga-tiga pakar itu akan memberi taklimat anilisis kepada Kementerian Pengakutan dan DCA.

Keputusan analisis akan diumumkan dalam masa terdekat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "