Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sayu, Perginya Imam Muda Ini Pada Malam Jumaat Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital

29 Jan 2016
No Comment

Beberapa hari lalu admin terjumpa satu posting di laman Facebook Tengku Helmy Farhan di mana beliau meminta bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis 'O' supaya tampil untuk menderma darah bagi membantu rakannya seorang imam muda yang sedang kritikal di hospital selepas terlibat dalam kemalangan.

Namun, hari ini berita yang agak sedih diterima apabila dimaklumkan, Imam muda berkenaan, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz yang merupakan Imam Rawatib Masjid Mahmudi Bachok, Kelantan telah pergi meninggalkan kita selamanya di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.

Pemergian anak ke 10 dari 13 adik beradik ini amat dirasai terutamanya penduduk sekitar Bachok, di mana seorang permata agama telah pergi meninggalkan mereka.


Salam.smua...keadaan Asrul Fahmi Abd Aziz di icu teratai hkb..... doktor oyat dio ad pndarhn pda hati..jdi loni dio...
Posted by Tengku Helmy Farhan on Tuesday, January 26, 2016


Berat mata melihat,berat lagi bahu memikul...assalamualaikum.. saya mewakili ahli keluarga fahmi nk minta jasa baik...
Posted by Dervish Mawlid Ensemble on Wednesday, January 27, 2016


Salam smua...keadaan Asrul Fahmi Abd Aziz di icu terataihkb..... doktor oyat dio ad pndarhn pda hati..jdi loni...
Posted by Suhaidi Sulaiman on Wednesday, January 27, 2016


Semasa beliau kemalangan, keadaanya agak parah di mana dia banyak kehilangan darah, dilihat di ramai mereka yang menyayangi arwah menyebarkan berita meminta bantuan orang ramai supaya menderma darah jenis 'O' yang kita ketahui agak susah untuk diperolehi.

Tapi Allah lebih sayangkan beliau, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz telah pergi menghadap Maha Pencipta lebih awal pada malam tadi.

Memetik laman Facebook ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, beliau mengimamkan solat jenazah imam muda berkenaan dan menurut beliau orang ramai hadir untuk solat jenazah begitu ramai sehingga melimpah keluar masjid di Masjid Kg Aur Telong.

Apapun kita sama-sama berdoa semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. - Siakapkeli.my


Alhamdulillah pagi ini berkuliah di Medan Ilmu KB, imamkan solat jenazah Allahyarhamuhu Ust Asrul Fahmi di Kg Aur...
Posted by Ahmad Marzuk Shaary on Thursday, January 28, 2016


Takziah...Imam Rawatib Masjid Mahmudi Bachok, Ust Asrul Fahmi Abd Aziz telah meninggal dunia semalam selepas beberapa...
Posted by Masjid Bandar Guchil on Thursday, January 28, 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "