Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nenek Umur 112 Tahun Ini Dedah Hisap Rokok 30 Batang Rahsia Umur Panjang

30 Jan 2016
No Comment

KATHMANDU, NEPAL: Seorang wanita warga emas dari sini telah mendedahkan satu rahsia umurnya panjang yang agak pelik apabila katanya dia mengamalkan tabiat menghisap rokok 30 batang sehari.

Memetik laporan portal The Sun UK, warga emas yang dikenali sebagai Batuli Laminachhane berumur 112 tahu itu berkata, beliau hanya menghisap rokok tempatan yang digulungnya sendiri dan sememangnya mengelakkan membeli rokok yang dijual dipasaran.

“Saya tidak kisah mengenai usia saya di mana saya tetap akan tua, saya sudah lihat dan melalui pelbagai pengalaman, jadi tiada apa yang salah dengan menghisap rokok dan saya telah menghisap rokok sejak 95 tahun lalu.” katanya menjelaskan memulakan tabiat buruk itu sejak berusia 17 tahun.


Katanya lagi, rahsia untuk hidup lama adalah dengan mengelak dari tekanan selain selain sentiasa bergerak aktif.

“Orang pada zaman moden ini mempunyai tekanan hidup yang tinggi. Ia menyebabkan umur menjadi singkat. Anda sebenarnya perlu aktif dan bebas tekanan,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "