Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Misteri Penumpang Sakit Satu Demi Satu Dalam Pesawat AA109

29 Jan 2016
No Comment

London - Pesawat penerbangan American Airlines ke Los Angelas terpaksa berpatah balik ke London Heathrow selepas tujuh orang -termasuk petugas pesawat dan penumpang - pengsan dan jatuh sakit disebabkan penyakit misteri.

Penumpang yang terkejut melihat kakitangan pesawat rebah di tengah-tengah lorong mencetuskan kebimbangan mengenai pencemaran sistem pengudaraan di dalam pesawat itu.

Salah seorang penumpang, Lee Gunn berkata "Lebih kurang 2.5 jam di dalam penerbangan kami menerima pengumuman yang bertanya jika ada doktor, jururawat atau pakar perubatan di atas pesawat untuk membantu penumpang yang sakit".

"Dilaporkan juga bahawa tujuh kakitangan pesawat - daripada 13 - telah jatuh sakit, bersama-sama dengan 'ramai penumpang lain.", katanya.

Sementara itu, American Airlines gagal memberikan sebarang komen berkenaan kejadian berkenaan dan menyuruh orang awam dan media menunggu laporan paramedik.

Pesawat tersebut membawa 13 anak kapal semasa kejadian dan jumlah penumpang gagal dipastikan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "