Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kementerian Pendidikan Siasat Dakwaan Lewat Lapor Kehilangan Murid Orang Asli

14 Okt 2015
No Comment


Kuala Lumpur: Berikutan insiden kehilangan tujuh murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang baru-baru ini Kementerian Pendidikan akan menyiasat dakwaan berlaku kelewatan dalam melaporkan kehilangan tersebut.

Timbalan Menterinya, P Kamalanthan berkata, siasatan akan dijalankan sama ada benar dakwaan yang dibuat oleh ibu bapa murid terhadap guru dan sekolah itu.

"Kita pasti tidak akan teragak-agak ambil tindakan jika dakwaan ini benar," katanya memetik laporan myMetro.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan ibu bapa murid yang hilang hanya mengetahui tentang kehilangan anak-anak mereka dari pegawal keselamatan sekolah dan cakap-cakap dalam kalangan penduduk kampung sahaja.

Menurut portal itu juga, selepas ibu bapa menyemak berita kehilangan itu dengan pihak asrama, baru mereka tahu tentang kehilangan anak mereka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "