Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Wawasan 2020 Mungkin Akan Dapat Dicapai Pada 2025 Atau Lebih Awal Lagi" - Perdana Menteri

12 Jun 2018
2 ulasan

Ketika lawatannya ke Jepun, Tun Dr Mahathir memberitahu dalam satu kenyataan bahawa Matlamat Wawasan 2020 hanya akan dapat dicapai menjelang 2025 atau mungkin lebih awal.

Beliau yang memperkenalkan matlamat itu berkata, kelewatan pencapaian itu adalah berpunca daripada perlaksanaan dasar tidak sesuai dengan usaha untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020.

"Walaupun kita bekerja keras siang dan malam, saya tidak fikir kita boleh mencapainya pada 2020.

"Mungkin ia akan (mengambil masa) agak lama daripada itu, mungkin 2025 atau mungkin lebih (awal) jika kita mengamalkan dasar yang betul," kata beliau pada Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di sini, Isnin.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri keempat Malaysia semasa beliau mengilhamkan Wawasan 2020 pada 1991, yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju pada 2020.

Beliau menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. - Bernama

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "