Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sekumpulan Cimpanzi 'Culik' Bayi Perempuan Berusia 5 Bulan Di Rumahnya

6 Jun 2018

Mengejutkan, namun itulah yang berlaku. Seorang bayi perempuan berusia lima bulan dilarikan sekumpulan cimpanzi di kampung Kyamajaka di wilayah Kagadi, barat Uganda.

Ibu bayi berkenaan Oliver Kemigisa memberitahu New Vision, kejadian berlaku pada malam Ahad ketika sedang menyediakan hidangan makan malam di rumahnya sementara bayinya dikenali Rachael Karungi berada di beranda.


Sebaik mendengar tangisan bayinya, Kemigisa pergi ke beranda dan mendapati kira-kira 20 ekor cimpanzi sedang mengelilingi bayinya itu.

Pada masa yang sama, beberapa ekor lagi cimpanzi cuba untuk melarikan seorang lagi anaknya berusia tiga tahun yang sedang menangis ketika itu.

Ketika Kemigisa cuba berusaha menyelamatkan anak lelakinya itu, bayi perempuannya pula dilarikan cimpanzi tersebut.

Karungi dilarikan ke kawasan belukar berhampiran. Penduduk kampung yang melihat kejadian itu cuba membantu dan mengejar cimpanzi berkenaan.

Mereka bernasib baik apabila bayi itu berjaya ditemui dengan bantuan penduduk kampung. Rachael kemudiannya dihantar ke pusat perubatan Muhorro III untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Sumber : Bernama

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, sabung ayam, dll hanya di Update Betting, yukk buruan..

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "