Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aplikasi Ini Wajib 'Install' Sebelum Balik Beraya Ke Kampung, Mudah Kerana Terus Boleh Maklum Kepada Polis

11 Jun 2018
2 ulasan

Ramai yang dah buat persediaan untuk balik kampung beraya tahun ini.  Persediaan daripada segi pakaian dan keselamatan kereta.  Tapi, jangan dilupa juga persediaan keselamatan rumah yang ditinggalkan lama selama kita di kampung halaman.

Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.



Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.



VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai 'Initiative Owner'.

Bagi penghuni-penghuni rumah yang ingin pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfiri yang bakal menjelang tiba, anda boleh mengisi borang maklumbalas balik kampung menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan mudah dan pantas.


Setiap maklumbalas akan di terima dan pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen penugasan seperti URB dan MPV.

Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah anda telah dilawati dan di pantau.


Aplikasi ini boleh di muat turun melalui Google Playstore dan app Store bagi pengguna IPhone dan anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli VSP terlebih dahulu.


Sumber: Polis Johor, MOHA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "