Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tubuhkan Kerajaan Tanpa Pembangkang Di Perak," TG Haji Hadi Tawarkan Penubuhan Kerajaan Perpaduan Dipimpin Oleh Seorang Islam

11 Mei 2018

11 Mei - Selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 diumumkan, ada beberapa negeri yang mempunyai masalah untuk menubuhkan kerajaan aapabila tidak memenangi majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Antara negeri yang terlibat adalah Negeri Perak yang sehingga kini masih belum ada kata putus parti mana yang akan menubuhkan kerajaan negeri di Perak.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku presiden Parti Seislam Malaysia (PAS) mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi laman Facebook beliau bagi menjelaskan kedudukan PAS di negeri Perak.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA DI NEGERI PERAK

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkembangan politik semasa di Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Khas pada hari ini telah memutuskan bahawa;

“PAS menawarkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (Kerajaan Tanpa Pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (PAS, PH dan BN) dengan syarat Kerajaan Perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam.

Manakala, EXCO Kerajaan negeri mestilah majoritinya dari kalangan ADUN beragama Islam”.

“Sejahtera Bersama Islam”

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Syaaban 1439 / 11 Mei 2018

Rusila, Marang, Terengganu.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "