Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rasa Iri Hati Bila Ibu Bapa Lebihkan Anak Yang Tinggal Di Bandar? - Baca Nasihat Lelaki Ini, Sebak Dan Penuh Renungan

28 Mei 2018
2 ulasan

Dalam kalangan adik beradik, ada yang berhijrah mencari rezeki di ibu kota. Mungkin juga berpelajaran dan berkerjaya . Bersama ibu ayah yang tinggal di kampung, ada anak yang setia menemani kedua orang tua itu. Mencurahkan bakti sepenuh hati. Sesekali adik beradik pulang ke kampung, pasti anak yang di rumah melihat betapa terujanya ibu ayah menanti mereka pulang. Menyambut umpama raja. Rindu kerana jarang ketemu.

Tapi dalam gembira, kadang-kala ada perasaan yang terguris dalam diam. Mak ayah dilihat seakan melebihkan anak yang tinggal jauh di bandar. Pelbagai persiapan dilakukan. Dalam diam terasa seperti diri dipinggir. Tapi sedarkah, kalian anak yang paling beruntung?

Coretan oleh  Andy Sulaiman ini jika dibaca dengan mata hati, penuh sebak dan renungan. Jika anda anak yang dimaksudkan, berlapang dadalah. Semoga bermanfaat buat semua.

TERIMA KASIH.

"Nanti kemas sikit bilik tu. Along nak balik. Cadar tu tukar," kata Mak. Lalu si anak segera menjalankan kerja yang diamanahkan Mak. Menukar cadar, membuang sawang yang tergantung, menyapu lantai dan sebagainya.

"La..kenapa cadar tu? Tak ada cadar lain dah ke? Cari lah yang elok sikit. Buka balik cadar tu," kata Mak. Kali ini agak keras suaranya.


Si anak diam, sandarkan penyapu ke dinding dan membuka kembali cadar yang sudah dipasang serapi nya. Pintu gerobok dibuka. Gerobok yang di dalamnya tersimpan cadar-cadar istimewa.

Cadar yang hanya digunakan apa kala anak-anak yang tinggal di kota sesekali pulang ke desa. Dalam melaksanakan tugas yang sudah dikomplen Mak tadi, terdengar suara Ayah,

"Eh ayam saya beli 2 ekor. Ni siakap pun saya ada beli. Along dengan anak-anak dia nak makan siakap kan?"

Tanya Ayah kepada Mak. Mak mengiyakan pertanyaan Ayah. Barang-barang yang dibeli Ayah dihantar ke dapur. Mak dalam beberapa hari ni sibuk di dapur demi persiapan menanti kepulangan anak dari kota. Si anak tadi hanya diam melakukan kerja di bilik itu. Sesudah itu, si anak keluar lalu disapa Ayah.

"Nanti tengok-tengok mana tempat kat rumah kita ni, takut ada semut api ke apa. Habis anak Along kena gigit nanti," kata ayah.


Si anak mengangguk dan hanya menuruti. Sikit tidak dibantah. Sedar dengan diri, dia hanya anak yang tinggal di kampung. Tidak bekerja di kota. Tidak merasa tinggal di rumah teres, tinggal di apartmen. Tidak berkereta mewah dan apa saja yang ada di kota, tidak pernah dirasa olehnya.

Segala rasa itu dipendam. Ya, sesekali adik beradik dari kota pulang ke kampung, Mak dan Ayah akan melakukan persiapan seolah menyambut kedatangan Raja.

Sesekali rasa iri hati merebak ke jiwa. Pulang hanya 2,3 hari namun persiapan adakalanya dilakukan seminggu lebih awal.

Bilik disiapkan sekemasnya. Bilik air dicuci sebersihnya. Makanan dimasak sesedapnya dan dijamu dengan lauk pauk yang istimewa.

Dan bila anak dari kota ada di kampung, si anak yang hanya menetap desa ini seolah tidak wujud dan tidak diendahkan. Namun rasa cemburu itu cepat-cepat dihilangkan. Rasa kurang senang itu segera dihapuskan. Demi keluarga.

Iri hati, sakit hati tidak mampu membendung keterujaan Mak dan Ayah menanti kepulangan anak yang dianggap hebat kerana tinggal di kota. Sudah lama tidak bertemu anak, perasaan rindu, kasih, sayang Mak dan Ayah membuak-buak.

Buang lah rasa iri hati jika ibu bapa melebihkan anak-anak di bandar yang sesekali pulang ke kampung. Dan ingat-lah ini :

Jika dihitung secara lebih mendalam, abang, kakak, adik atau sesiapa sahaja kalian yang tinggal di kampung bersama ibu bapa atau berdekatan ibu bapa, kalian lah pemenang. Kalian lah juara. Kalian lah yang beruntung.

Setiap hari kalian dapat menjenguk ibu bapa. Setiap masa kalian dapat berbakti pada ibu bapa. Setiap waktu dapat membalas budi mereka.


Sedang anak di kota bergelut meneruskan nyawa. Sedang anak di kota menepikan rasa rindu pada ibu bapa. Demi kelansungan hidup baik diri sendiri mahupun keluarga.

Dan kalian, yang mungkin ada antaranya tidak mampu bersekolah tinggi, tidak mampu bekerjaya sedap dan hidup di kota, tidak mampu merasa hidup yang mungkin mewah mengikuti arus dunia semasa.

Tapi kalian setiap hari berpeluang membuka jalan untuk ke Syurga, melalui bakti dan khidmat yang dicurahkan setiap hari kepada ibu bapa, yang sering ada di depan mata.

Terima kasih kepada adik beradik yang tinggal di kampung, yang setia menjaga ibu bapa. Kalian-lah, anak yang paling tinggi arasnya.

Terima kasih,
Andy Sulaiman
Puaka Bersekutu

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "