Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kalau Atok Mati Kau Tak Payah Balik, Terus Je Belajar Kat Situ'', Dari Hidup Susah, Kisah Ini Jadi Inspirasi Anak Muda Banggakan Keluarga

30 Mei 2018
2 ulasan

Menjadi rakyat ketiga yang berjaya bergelar graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) merupakan sesuatu yang harus dibanggakan. Manakan tidak, bukan calang-calang orang yang diterima masuk ke akademi tentera terkemuka dunia itu kerana perlu melepasi syarat dan ujian yang ketat.

Tapi itu bukan sesuatu yang mustahil bagi Mohd Amirul Afiq, 24, yang berjaya menamatkan pengajiannya pada 22 Mei lalu setelah diterima menyertai USAFA pada tahun 2014.

Berkongsi kejayaannya di twitter, beliau yang berasal dari Negeri Sembilan bukanlah dilahirkan dari keluarga yang senang. Namun itu tidak menjadi penghalang untuk beliau berusaha mengejar cita-citanya.


Dibesarkan oleh datuk dan nenek kerana keluarga yang berpecah, Amirul Afiq contoh anak muda yang berjaya membuktikan tiada alasan untuk berjaya walau dari mana pun latar belakang anda.

Bukan sahaja membesar dalam serba kekurangan tapi juga mendapat cemuhan dari masyarakat sekeliling kerana dikatakan akan 'mewarisi' langkah ayahnya. Ternyata, semua itu berjaya ditepis dengan bukti kejayaannya pada hari ini.


Berikutan itu, ibu beliau Puan Alinn Nor tutut berkongsi luahan tentang kejayaan anaknya itu di laman sosial. Manisnya sebuah kejayaan tapi diiringi sebak dan pilu. Orang yang paling berjasa adalah datuk dan nenek namun tidak sempat melihat kejayaan cucu mereka pada hari ini. Moga kisah ini menjadi inspirasi kepada semua anak muda. Tahniah Amirul Afiq !
Angah Mohd Amirul Afiq :

Hari ini semua org berbicara tentangmu. Tentang kejayaanmu. Namun jgn sesekali kau terbuai dek pujian hingga terlupa asal usulmu anakku. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.


Angah, Tak pernah mama sangka, semua ni kerja Tuhan. Kita merancang, Allah yang melaksanakan.

Angah ingat tak dulu, masa Angah nak amik SPM, waktu tu Amalina pelajar pintar tu gambar dia masuk paper sebab dapat 17A kalau tak silap.

Then, mama cakap dengan Angah,

"Ngah...mama harap one day muka angah pun masuk paper gak as one of pelajar cemerlang"

Allahu Akhbar, betul lah... kata-kata yang keluar dari mulut ibu tu satu doa. Lambat dengan cepat je. Tahniah Angah!


Along, Angah dan adik memang anak yang baik. Memang mama tak pernah puas menjaga korang masa kecik. Sebab tu mama sentiasa melayan korang macam budak kecik.




Disebabkan masalah yang melanda, mama terpaksa tinggalkan korang dengan atok dan uwan. Masa tu korang kecik lagi. Di saat org lain merasai kasih sayang dari kedua ibu-bapa, kalian hanya menumpang kasih dengan arwah uwan dan atok.


Biarpun dalam kehidupan yang serba serbi kekurangan, atok dan uwan tak pernah abaikan kalian. Uwan gigih berniaga nasi lemak dan kuih-muih. Atok gagah berjaga malam jadi pengawal keselamatan.

Sebab tu tak pelik kalau anak-anak mama semua suka makan kuih tradisional ni sebab memang setiap pagi Arwah Uwan akan tinggalkan sikit kuih sebelum dia pergi berniaga.


Dan atok pulak, setiap pagi balik dari kerja malam, akan hantar korang tiga beradik naik motornya yg dah uzur ke sekolah. Seat motor tu pun dah gelebeh ke tepi. Korang duduk pun macam nak tercicir je..


Sesekali balik kampung, bila melihat situasi ini, mama sedih. Kesian sangat kat korang. Mama selalu pesan, belajar sungguh-sungguh. Nanti dah besar, dah kerja boleh balas jasa atok dan uwan.

Tapi sayang, kita tidak lagi berkesempatan kerana mereka dah meninggalkan kita buat selamanya. Tentu Angah ingat lagi kata-kata arwah Atok sebelum Angah fly.

Atok kata "Ngah, apa2 jadi kat atok, kalo atok mati...kau tak payah balik. Terus je belajar kat situ". Kita menangis sama2. Masa tu Atok selalu sakit,keluar masuk hospital.

Mama ingat lagi masa kita bagitau Atok yang Angah diterima belajar di USAFA. Atoklah org yang paling gembira. Atok suruh mama belikan baju baru, kemeja baru dan kasut baru untuk dia. Dia kata nanti dia nak ikut hantar Angah ke KLIA.


Kita merancang, Allah juga ada perancangannya untuk kita. Seminggu sebelum Angah berangkat, atok sakit tenat dan masuk wad CCU di Seremban.

Tentu Angah ingat lagi, kita ulang alik Seremban-UPNM setiap hari...uruskan urusan Angah nak fly dalam masa yang sama ziarah atok yang tenat. Allah je yang tahu betapa sukarnya keadaan masa tu, banyak kisah penuh dengan airmata yang kita lalui bersama dan itulah sebahagian dari perjalanan hidup kita.

Dua hari sebelum Angah fly, Atok menghembuskan nafasnya yang terakhir. Atok tak sempat nak hantar Angah ke KLlA kerana dia dah dijemput pulang oleh Pencipta nya dan Angah pula berpeluang solatkan jenazah Atok.

Merenung baju, seluar dan kasut atok yg tak sempat dia nak pakai tu... Allah je yang tahu. Perancangan Allah itu tepat pada waktunya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "