Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Berlaku Kematian Saudara Terdekat, Apa Yang Perlu Dibuat? Ikuti Langkah Ini Supaya Proses Berjalan Lancar

8 Mei 2018
No Comment

Mati itu pasti dan setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian. Bila dan dimana, ia bukan dalam pengetahuan manusia. Jadi setidak-tidaknya sebagai hamba  yang Maha Esa, kita harus membuat persediaan seperti mempebanyakkan amal ibadah agar diberi pengakhiran yang baik saat ajal menjemput serta ditempatkan di SyurgaNya.

Selain itu, antara persedian yang harus dibuat juga adalah ilmu mengenai pengurusan jenazah terutamanya apabila berlaku kematian dalam kalangan saudara terdekat. Ramai daripada kita terutamanya yang masih muda kurang ilmu ataupun langsung tidak tahu bagaimana mahu mengurus jenazah apabila kematian berlaku dalam kalangan ahli keluarga.

Tambah-tambah jika kematian tersebut berlaku pada waktu malam dan perlu menunggu hingga waktu cerah untuk melaksanakan pengebumian jenazah tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu anda buat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebelum dan selepas kematian berlaku.

Sebelum Kematian Berlaku

1. Simpan Nombor Telefon Penting

Jika anda tinggal dalam komuniti, sila pastikan anda setidak-tidaknya mempunyai nombor telefon bimbit orang-orang penting dalam komuniti anda seperti nombor ahli jawatankuasa masjid.

Adalah lebih baik jika anda mengenali secara peribadi dan selalu bergaul dengan mereka yang dianggap lebih arif dalam soal mengurus jenazah dan pengebumian.

2. Menjadi Ahli Khariat Kematian

Ini adalah perkara yang paling penting memandangkan hampir semua komuniti menyediakan skim khariat kematian ini.

Terdapat banyak faedah menjadi ahli khariat kematian antaranya urusan pembayaran seperti urusan memandi, mengkafan hinggalah selamat dikebumikan boleh didahulukan oleh masjid di dalam skim khairat kematian, dengan syarat anda membayar yuran keahlian seperti yang ditetapkan.

Selepas Kematian Berlaku

1. Jangan Panik

Memang benar, menerima khabar kematian saudara terdekat bukanlah satu berita yang menggembirakan. Namun anda terutamanya yang paling tua harus bertenang dan mengambil tanggungjawab untuk menguruskan jenazah tersebut.

2. Hubungi Jawatankuasa Masjid

Jika anda mempunyai nombor ahli jawatankuasa masjid, maklumkan dengan segera mengenai kematian yang berlaku tersebut.

Ia amat penting untuk mengelakkan daripada mereka keluar melaksanakan urusan masing-masing hingga sukar untuk hadir dan menguruskan jenazah.

3. Hubungi Ahli Keluarga Terdekat

Maklumkan kepada saudara terdekat anda untuk hadir ke rumah anda untuk sama-sama menguruskan jenazah tersebut.

4. Urus Jenazah

Pastikan anda mempunyai sedikit ilmu menguruskan jenazah seperti cara untuk memejamkan mata, mengikat mulut dan melipat tangan jenazah supaya ia tidak menjadi kaku. Letak jenazah di tempat yang sesuai dan tutup jenazah dengan kain.

5. Rehat

Jika kematian berlaku pada waktu malam, wajarlah untuk anda berehat terlebih dahulu memandangkan urusan pengebumian jenazah di siang hari lebih memenatkan.

6. Dapatkan Pengesahan Kematian Dan Buat Laporan Polis

Anda perlu dapatkan pengesahan kematian daripada hospital sebelum membuat laporan mengenai kematian tersebut di balai polis. Pihak polis kemudian akan mengeluarkan Permit Pengebumian untuk membenarkan jenazah tersebut dikebumikan.

Sumber : Keluarga, Ustaz Saifudin & Kewangan Islam
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "