Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Rakyat Singapura Terkejut 'Kim Jong Un' Berlegar-legar Di Marina Bay Sands

29 Mei 2018

Rakyat Singapura dikejutkan dengan kedatangan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un pada Ahad lalu berdekatan Marina Bay Sands sebelum menyedari bahawa dia adalah Kim Jong Un 'palsu'.

"Ia kelihatan seperti Kim Jong Un sebenar, tetapi kemudian saya menyedari ia bukan yang sebenar," kata Sagar Admuthe pelancong dari Mumbai, India.



Daripada luarannya, fizikal serta cara saling tak tumpah seperti presiden negara itu. Dia bertindak demikian bersempena sidang kemuncak yang bakal menemukan dua nama terulung antara Kim Jong Un dan Donal Trump di Singapura pada 12 Jun ini.



Walaupun status sidang kemuncak itu masih lagi dalam perbincangan akibat tindakan Trump yang mahu membatalkan perjanjian bersama Korea Utara, seorang pelawak telah menyamar sebagai Kim Jong Un dan berlegar-legar di lokasi sidang puncak tersebut pada Ahad.


Tindakan penyamar itu menyebabkan ramai penduduk Singapura geli hati dan mengambil gambar bersamanya sambil berjabat tangan.

Dikenali sebagai Howard X, jelasnya tindakan itu dibuat kerana mahu sidang tersebut berlangsung seperti yang dirancangkan.


Howard juga sebelum ini pernah membuat penambilan sebagai Kim di Sukan Olimpik di Gangneung di Korea Selatan pada Februari lalu membingungkan salah seorang juru latih Korea Utara yang pada mulanya menyangka pemimpin tersebut telah memasuki ke stadium hoki tempat suka itu berlangsung.


Siakapkeli.my

Sumber: CNBC
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. www(dot)updatebetting(dot)com
    [Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games]

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "