Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bungkusan Pelanggan Dilempar, Pos Malaysia Beri Amaran Keras Kepada Semua Pekerja

30 Mei 2018
2 ulasan


Sebuah klip video berdurasi 10 saat yang menunjukkan kakitangan Pos laju melempar bungkusan pelanggan tanpa berhati-hati tular di media sosial baru-baru ini. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang mempertahankan tindakan pekerja tersebut dan ada juga menyalahkan pos laju kerana menjadi punca barangan pelanggan rosak.

Susulan itu, pihak Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan di laman facebook rasmi milik mereka pada Selasa berhubung insiden tersebut. Tegas Pos Malaysia, siasatan dalaman secara menyeluruh telah dijalankan dan amaran keras telah diberikan kepada kakitangan terbabit.

Kejadian itu dirakam oleh pelanggan ketika kakitangan terbabit sedang memindahkan barangan ke dalam tempat simpanan barang di Pos Laju cawangan Sungai Petani, Kedah.

Pos Malaysia mendakwa, insiden yang berlaku itu adalah terpencil dan tidak mewakili mutu kerja mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

''Kami ingin memberi jaminan kepada semua para pelanggan bahawa insiden terpencil ini tidak mencerminkan mutu kerja Pos Malaysia yang sebenarnya.''


Bagaimanapun, Pos Malaysia mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf kepada semua di atas kesilapan tersebut. Mereka sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab yang berat bagi negara ini dan akan berusaha memastikan bahawa mutu kerja Pos Malaysia berada pada tahap cemerlang setiap masa.

''Bagi memastikan ia tidak berulang, langkah-langkah tertentu sedang dijalankan bagi memastikan kakitangan sentiasa peka dan memberi khidmat yang cemerlang.''

''Antara langkah yang diambil ialah memastikan pemeriksaan dan pemantauan berkala dilaksanakan disamping memperkemaskan komunikasi dalaman serta mengingatkan kakitangan agar sentiasa memastikan proses kualiti kerja yang tinggi.'' kata mereka.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "