Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Anak Saya Mana? Kak, Anak Saya Mana?'

25 Dis 2016
Gambar isteri pemandu dan anaknya. Gambar kecil: Pemandu bas. Foto Sinar Online


Pagoh - Robiyah Tayeb, 48, yang bekerja di R&R Pagoh arah selatan merasa gusar dan tidak dapat melelapkan mata sebelum tragedi nahas bas ekspress yang meragut 14 nyawa baru-baru ini.

Saya balik kerja jam 11 malam, lepas mandi, makan dan berehat sambil menonton televisyen, pusing kiri, pusing kanan, rasa serba tak kena, tidak boleh nak tidur.

Tiba-tiba dengar bunyi dentuman sangat kuat sebelum anak menjerit meminta tolong,” kata Robiyah sebagaimana lapor Sinar Harian.

Saya menghubungi 999 sebelum menghubungi penduduk kampung bagi membantu mangsa.

Keadaan di lokasi gelap dan kami penduduk kampung menggunakan lampu motosikal untuk membantu menerangi kawasan kejadian,” katanya.

Robiyah yang tinggal cuma 100 meter dari lokasi kejadian berkata dia sempat menyelamatkan dua mangsa termasuk seorang wanita yang mendakwa isteri kepada pemandu bas tersebut.

Mangsa wanita tu cedera di muka memaklumkan dirinya isteri kepada pemandu dan menyuruh kami mencari anaknya Zara (Nur Natasya Zahara Zakeer) berusia sekitar 2 tahun.

“Anak saya mana? Kak anak saya mana?,” kata mangsa tersebut sebagaimana yang diceritakan Robiyah.

Apabila ditemukan anaknya, kanak-kanak itu sudah meninggal dunia,” tambah Robiyah lagi..

Menurutnya, lebuh raya berkenaan merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan.

Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "