Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Untuk Selamatkan Diri Jika Lif Tiba-Tiba Menjunam Jatuh Ke Bawah, Langkah-Langkah Ini Boleh Membantu Anda

26 Nov 2016
No Comment

Kita sudah sebati dengan kata-kata seperti, malang tidak berbau atau nasi sudah menjadi bubur, mahu pun sudah terhantuk baru tengadah, ianya sinonim dengan sesuatu perkara yang berlaku, atas sebab kecuaian diri atau mungkin juga disebabkan oleh keadaan sekeliling.

Tetapi, mana mungkin kita mengetahui apa yang akan terjadi kepada kita. Lagi-lagi jika kita sedang melakukan aktiviti harian, yang selama ini dilakukan tanpa sebarang masalah. Dan disebabkan itulah, kita tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku, sehingga menyebabkan kita menjadi panik dan merumitkan lagi keadaan.

Cuba anda bayangkan, sedang anda menggunakan lif untuk pulang ke rumah, atau pun di pusat membeli belah, dengan tiba-tiba, lif tersebut menjunam laju ke bawah, apakah tindakan yang anda boleh lakukan? Dalam membantu anda untuk bertindak dengan selamat, Bright Side kongsikan cara untuk melepaskan diri dengan selamat, semasa lif sedang jatuh.


Malangnya, tiada seorang di antara kita yang mampu untuk sepenuhnya selamat dari sebarang bahaya. Namun begitu, ianya juga bergantung kepada diri sendiri, untuk mencari penyelesaian tentang sesuatu perkara, jika diri berhadapan dengan situasi mencabar. Tambahan pula, tindakan pantas semasa situasi berlaku, mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda, dan juga orang lain.

Bright Side ingin kongsikan kepada anda, langkah yang dicadangkan oleh saintis dan juga jurutera mengenai, apa yang anda perlu buat, dan elakkan jika anda berada dalam situasi lif terjatuh.

Dalam Apa Jua Keadaan, Jangan Cuba Untuk Melompat Sewaktu Impak Berlaku

Pertama, ia agak sukar untuk anda melompat semasa dalam keadaan terjatuh ke bawah. Kedua, lompatan anda akan mengurangkan tahap kelajuan anda jatuh, dengan kadar yang sama impak berlaku, dan ianya berita buruk buat kebanyakan orang. Ketiga, tiada cara yang dapat diketahui, bahagian badan anda yang mana akan jatuh terlebih dahulu, dan kecederaan bagaimana yang terjada pada tubuh anda. Ianya sudah terbukti sekian lama, menerusi eksperimen yang dilakukan ini, di Discovery Channel.

Jangan Berdiri Tegak

Ianya juga bukan satu idea yang baik, kerana, berat badan anda akan menjadi 10 kali ganda lebih berat, dan ia akan ditampung oleh kaki anda sewaktu lif sedang jatuh ke bawah. Ini boleh membawa kepada kecederaan yang lebih teruk.

Posisi Terbaik Yang Perlu Dilakukan : Berbaring Pada Lantai Lif

Sebaik sahaja anda merasakan bahawa lif akan jatuh, secepat mungkin berbaring di atas lantai lif tersebut. Dalam kedudukan ini, daya hentakan akan tersebar sama rata pada keseluruhan badan anda.

Jika Orang Terlalu Ramai, Dan Anda Tidak Boleh Baring, Duduk Atau Bengkokan Lutut Anda

Dalam situasi ini, cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah duduk di atas lantai lif. Dengan posisi ini, beban tulang anda akan kurang, berbanding jika anda berdiri. Jika anda ruang yang kecil, paling kurang, bengkokkan lutut anda, kerana ia juga akan membantu mengurangkan daya impak.


Sesungguhnya apa yang berlaku tiada siapa yang mengetahuinya, dengan perkongsian ini, ia dapat memberi ilmu baru buat kita, dan boleh menjadi salah satu cara untuk menyelamtkan diri bila berhadapan situasi sebegini. – Siakap Keli

BACA: [Video] Bagaimana Untuk Melepaskan Diri Dari Kereta Yang Ditenggelami Air, Ikuti Langkah Ini Anda Boleh Menyelamatkan Diri Dan Orang Tersayang



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "