Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Dengan Jantung Mekanikal ini Punyai 'Jangka Hayat' Selama 8 Jam Setiap Hari, Perlu Tidur Dengan Pengecas Setiap Malam

26 Okt 2016
No Comment

Jim Lynskey merupakan seorang pemakai jantung mekanikal termuda di Britain - dan dia perlu mengecas dirinya setiap malam untuk memastikan jantungnya terus bergerak.

Disebabkan itu, Jim tidak boleh berseronok seperti rakan-rakan seusianya yang lain kerana dia perlu menjaga penjana jantungnya itu. Hatta, sedikit percikan air pun mungkin boleh menyebabkan peranti jantungnya itu rosak.

Lebih menyedihkan, Jim terpaksa tidur di 'docking station' (tempat mengecas) setiap malam kerana dia khuatir pek bateri yang boleh menggerakkan jantungnya selama 8 jam akan kehabisan kuasa - lebih-lebih lagi jika dia terlebih tidur.

Jim berkata: "Kadang-kadang saya merasa seperti manusia bionik - tapi 'bionik' yang sebaliknya".

"Jantung mekanikal saya bergerak dengan kuasa pek bateri tapi ia hanya mampu bertahan selama lapan jam jadi saya terpaksa mengecasnya pada waktu malam kerana khuatir terlebih tidur.

"Sangat sukar untuk hidup di hujung tanduk begini tetapi saya harus hidup setiap hari selagi masih ada".


Jim sudah menunggu selama 18 bulan untuk transplan jantung, namun kesnya diklasifikasikan sebagai 'tidak penting' kerana dia dianggap tidak berada dalam 'bahaya yang nyata'.

Jantung mekanikal yang diguna oleh Jim dipanggil LVAD - Left Ventricle Assisted Device - yang memastikan darah sentiasa mengalir di seluruh tubuhnya dan alat itu disambung menggunakan kabel elektrik yang dimuatkan dalam perutnya.

LVAD itu dikuasakan dengan pek bateri yang dibawa oleh Jim di tali pinggangnya yang mana boleh bertahan selama lapan jam.

Namun, Jim juga perlu membawa bateri tambahan sekiranya dia berada jauh dari rumah.

Jim, yang juga seorang pelajar dalam bidang pemasaran makanan di Sheffield University berkata: "Dalam realiti, saya cuma ada jangka hayat selama lapan jam sehari.

"Saya terpaksa bawa dua bateri tambahan takut-takut yang saya pakai rosak atau kehabisan bateri, tapi saya tetap keletihan secara fizikal dan mental di pengakhiran hari.

Jim juga berkata dia teringin untuk ada teman wanita tetapi kerana gaya hidupnya yang berlainan dengan orang lain, perkara itu amat mustahil.


Masalah jantung Jim bermula apabila dia cuma berusia seminggu dimana dia dan kembarnya, Grace, menghidap meningitis.

Walaupun Grace semakin pulih, doktor mendiagnosis Jim dengan dilated cardiomyopathy - satu keadaan dimana jantungnya menjadi semakin besar dan lemah.

Jim kemudian mengambil ubat dan hidup secara biasa sehingga dia berumur lapan tahun dimana dia mula sedar yang dia sebenarnya sakit teruk.

Ketika jantungnya berdegup kencang, dia meminta ibunya untuk membawanya ke hospital untuk diperiksa.

Setelah diperiksa, doktor mendapati keadaan jantungnya semakin teruk dimana dia menghadapi dua cardiac arrest (satu keadaan dimana jantung berdegup tidak tentu arah & tiba-tiba berhenti) .

Dia kemudian dihantar ke hospital Birigham Queen Elizabeth dan doktor memasang padanya defibrilator jantung yang berfungsi untuk mengejutkan jantung jika terhenti.

Jim kembali hidup secara normal selama sembilan tahun. Tapi pada April 2013, jantung Jim sekali lagi berdegup tidak tentu arah dan dia menderita cardiac arrest untuk kali ketiga.

Pelbagai cara yang diusahakan oleh doktor gagal menyebabkan dia terpaksa memakai jantung mekanikal sampai sekarang.

Menurut Jim, satu-satunya cara untuk dia kembali normal adalah dengan menunggu jantungnya ditukar dengan yang baru.

Sumber: Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "